Fahamlah aku, kita manusia, tidak selengkap mana.
Maaflah, aku juga tak sempurna. Salah aku, betulkanlah.
Silap aku, kau tegurlah. Lemah aku, kau kuatkanlah.
Jahat aku, kau baikkanlah. Biar mudah yang susah.
Kau punya putih, hitam juga ada. Biru kau merata.
Cela kau tak perlu aku nyata. Mana yang bisa, aku terima.
Mana yang tak cacat dimata, aku pura pura buta.
Tapi seringkali kau lupa, lemah kau dijadikan alasan.
Kurang kau bukan Dia kurniakan. Lemah kau,
bodoh silap kau, datang dari diri kau sendiri.
Kita manusia, lemah sebagaimana,
punya akal untuk diguna. Punya mata untuk melihat,
punya hati untuk menilai.
Maaflah, letih aku terusan disakiti. Belak aku tak
habis habis dilukai. Aku cuma mahu senyum,
ketawa seperti mereka. bahagia macam dulu,
bahagia kita. Aku punya banyak sebab untuk ketawa,
semua sebab mereka. Bukan lagi sebab kau.
Kau punca air mata, punya retak jiwa raga.
Maaf. Aku tak sempurna. Mudah pecah, mudah luka.