Monday, November 29, 2010

BARU BERMULA




Orang ada blog, aku pun nak berblog..tapi tak pandai nak setting itu dan ini...*terasa sungguh kebutaan teknologi pengkomputeran pada diri sendiri* ...Selama ni aku cuma jadi silent reader jer pada beberapa blog orang lain..My feberet blog yang mesti nak baca setiap hari, rasanya x perlu la nyatakan ...Eh!banyak sangat la sebenarnya. mls nak taip satu-satu...
Bermula dari tak sengaja terbaca blog-blog dorang ni lah yang jadikan aku sangat berminat nak ber'blog'...Dari penglipurlara(cewah...penglipurlara) di alam maya ni lah aku belajar banyak perkara.

Masa zaman sekolah-sekolah dulu rajin aku tulis semua perkara dalam diari. Sedih, happy, nyampah, meluat...senang cerita perasaan di hati la..Tapi sekarang ni aku nak mula berblog pulak.. (tambahan pulak setelah aku menyedari yang aku seorang yang sangat malas menulis)

Eh..mcm dah lari tajuk pulak kan..Ok, straight to the point untuk memberi gambaran kepada tajuk di atas, ucapan terima kasih diucapkan kepada my dear sister amy syaquena kerana berjaya menyelesaikan masalah aku yang tak tau nak cari kat mana nak buat blog (hahaha...sadis sungguh kan? Dah la tu, siap hantar sms kat my sis semata-mata nak tanya soalan yang sama..)